Tuesday, October 6, 2009

MATH

Cikgu Siti adalah ketua jabatan Matematik di KMB. Beliau kecil orangnya, memakai kaca mata 'old school', hanya perlu membawa buku 'handbook' Math dan beberapa batang alat tulis untuk mengajar kelas paling semak dalam dunia, E08F.

Hari ini Cikgu Siti buat lawak. Sebenarnya, tidak ramai yang tahu keupayaan Cikgu Siti untuk buat orang pecah perut dengan lawak sarkastiknye (bahasa melayu saya agak teruk). Tajuk hari ini vectors. Lepas bagi penjelasan dan contoh sepantas kilat, Cikgu Siti menyuruh kami menjawab soalan.

"Depan, what's the angle?"

"90"

"90? What 90? 90 lembu??"

Lawak yang agak setaraf dengan lawak perkauman Azeem dan Naim terhadap Depan.

Seterusnya,

"Ha Aizat apa yang kamu buat tu? Tak dapat ke? Tula tak habis gelabah sana, gelabah sini!"

Cikgu Siti menang besar hari ini.

No comments: