Bahasa Melayu
Benda, binatang sebenarnya, amat menakutkan saya sejak kecil disebabkan insiden binatang ini pernah masuk seluar saya waktu kecil umur 8 tahun. Saya menjerit macam nak hilang suara, tekak bergetar frekuensi 200 (number of oscillations in 1 sec dear my engine friends). Menjerit - jerit macam menang loteri 4D 1 juta.
TAPI, binatang kecil sahaja, serangga berkaki 6 yang ada sesungut dan bernafas ikut abdomen. Jijik sungguh bintang itu.
Boleh teka?
Apa?!
Rama - rama?
.......
SALAH
Belalang?
........
TAK JIJIK PUN
Mentadak?
..............
Menakutkan tapi BERANI TEPIS KALAU ADA
Jawapannya...
LIPAS!!!
Serius menakutkan!! Tengoklah badan, warna, bentuk makhluk itu. Saya lebih rela buat 'bungee-jumping' dari duduk 1 bilik dengan binatang itu. Dan hari ini, lebih tepat, malam ini, aksi yang binatang itu lakukan telah menambah tahap kejijikan saya tehadap mereka.
Kisahnya,
Melangkah ke bilik air untuk gosok gigi dan ambil wuduk sebab nak tidur. Saya toleh kiri dan kanan untuk pastikan makhluk itu tiada. Selepas mengesahkan ketiadaan mereka, saya dengan penuh yakin mengangkat kaki dan melihat ke hadapan. Perkataan pertama yang saya sebut ialah,"FUCK". Betul, tanpa tanda seruan takut seisi rumah terkejut.
Makhluk tersebut, jantan dan betina sedang melakukan proses kelangsungan hidup. Ya, mengawan. Tulis ini sahaja sudah cukup meremangkan dan menjijikkan.
Jikalau anda ubat supaya tak jijik dekat makhluk ini, (lipas) tolong beritahu saya.
Jasamu akan dikenang (kelip-kelip mata)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
sesungguhnya kita pon mengalami sindrom yg sama......
eeeeeeeeeeeeeeeeeeee JEJEK
tau xpe..nk muntah pun ada
Post a Comment