Sunday, December 20, 2009

METABOLISME

Agaknya kalau saya makan tanpa berhenti selama 3 jam, adakah saya akan bertambah berat atau perut saya akan semakin ke depan atau saya akan duduk ibarat Patrick Starfish sedang duduk di sofa pasirnya sambil menonton TV?

Mengikut perkiraan menggunakan ilmu hisab yang dipelajari telah hampir 3 bulan saya tidak bersenam, sama ada berjalan atau bermain bola keranjang. Dan mengakulah bahawa daya kardio saya semakin lemah dan saya semakin tembam. Walaupun ada orang tak kisah bentuk dan berat saya, namun i need to look good for myself. Maka dengan tahun baru semakin hampir dan Awal Muharran baru sahaja berlalu 2 hari yang lalu, maka saya memasang azam yang baru....

Bersenam selama sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu..

Saya bakal menyaut seruan kerajaan dan saya adalah rakyat yang baik:)

Berilah sokongan kepada saya! HUMPH! (muka bersemangat)

6 comments:

Afif Kony said...

sarah ngandung ka?

sarah said...

lebih kurang la.. dh 3 bulan

Afif Kony said...

kalau 3 bulan bukan afif punya la kan? nasib baik

sarah said...

tu la.. sorila.. anak ini tdk berbinkan afif la:(

manul said...

not gonna happen :p

seruan kerajaan.
satu malaysia, satu suami, satu isteri.

(to the tune of the 1Malaysia song):
satu malaysia~
dua malaysia~
tiga malaysia~
empat malaysia~

sarah said...

gmanul u r just jealous with me.. admit it man:)