Saturday, January 9, 2010

VAMP

5 hari dengan kesakitan kepala yang amat sangat sebelum kembali ke KMB. 2 hari yang pertama ibarat nampak kucing membuang najis atas kasut baru beli tapi dah tak larat nak cuci sebab kucing tersebut asyik melakukan perkumuhan di tempat yang sama. KIranya otak saya macam dah malas nak tolerate dengan najis dan kucing tersebut.

Hari ke-3 dan ke-4, demam menjengah dan memasukkan virus-virus ke dalam badan dalam kuantiti sederhana. Oh hari ke-4 adalah hari terakhir di rumah.

Hari ke-5, pulang ke KMB, kepala masih sakit ibarat rambut ditarik dan dipintal ke tiang. Dapat keputusan yang pelbagai dan kepala semakin sakit. Malam menjelma, 2 biji Panadol ditelan dan tidur pada pukul 11. Keesokan harinya, ke kelas sambil minum Nescafe (sedap ibarat pakai kasut tumit tinggi tapi tak sakit). Ajaibnya, sakit kepala hilang..

Semalam (Sabtu), ke Pavilion bersama rakan baik dunia akhirat, Hazeeq dan 2 rakan lain yang anda tidak kenal. Buka mata dan melihat ke dunia luar... "KENAPA TERANG SANGAT NI?!"

Kepala berdenyut kembali.

Menunggu kawan di Pavi sambil duduk baca Saga (baru sampai bab 9) dengan memakai shades. Semua benda terang sangat sampai mata tak bisa melihat.

Ke klinik selepas makan dan kepala berdenyut semakin hebat dan keterangan dunia semakin memuncak.

Tahniah, saya mendapat migraine.

Pulang memberitahu Fathul di UK yang keracunan makanan dan tergolek-golek di atas katil menahan sakit bahawa saya ada migraine, dengan tersenyum dia berkata, "Welcome to the club".

Lepas ni sakit apa pula yang dapat?

2 comments:

dayna :) said...

sakit jiwa:P

sarah said...

hehe.. yg tu dh lama sakit