Friday, April 10, 2009

KEPALA

Masa untuk Bahasa Melayu

Semalam balik rumah dan mendapati bahawa rumah adalah tempat terbaik untuk bernafas. Bak kata Dorothy dalam Wizard of Oz (kalau tak salah), "There's no place like home".
Tengok Hitchiker's Guide to Galaxy dan gelak terbahak - bahak tengok lawak bodoh dan sengal.

Tiba - tiba...

Telefon bimbit berbunyi. Mengganggu kententeraman sungguh. Saya buat tak kisah.

Tiba - tiba..

Bunyi lagi!!
Saya ke meja makan sebab telefon bimbit berada di situ. 2 pesanan ringkas (sms / msg ok) daripada sahabat saya, S dan kekasih hati pengarang jantung, F.

S menulis, "Sumpah A saiko..........".
F tulis apa saya tidak akan beritahu.

Kepelikan minggu ini tidak berhenti hanya di KMB. Malah berlarutan ke rumah. Ok, bukan saya yang pelik tetapi keadaan kawan - kawan saya.

Mungkin anda lihat orang itu sama seperti mana orang lain lihat dia. Tetapi sudut pandangan orang lain melihat dia amat dengan perspektif yang amat berbeza. Bukan perspektif yang belajar dalam Pendidikan Seni...

Dunia untuk dikongsi oleh semua makhluk. Kita jarang sekali dapat mengelak dari terserempak dengan manusia yang memudahkan atau menyusahkan hidup.

HUH.......... (mengeluh)


2 comments:

Anonymous said...

pelik plak tgk post bahasa melayu. haha..komen bahaya btul. bleh msk ISA ni.

"pengarang jantung"? ehem2...

sarah said...

i love danger (tersengih)

ye...punya pengarang jantung